Menjejaki Rahsia Motivasi Luarbiasa

Dapatkan cerita-cerita motivasi serta miliki tips-tips dan informasi luarbiasa yang pasti menghilangkan kebosanan anda bagi membangkitkan semangat untuk berani ke puncak kejayaan.

Google

Monday, November 20, 2006

Jadi manusia yang bagaimanakah anda nanti ?

Apa khabar semua? Sebelum itu, saya nak kita semua sama-sama senyum dahulu. Di sini saya nak bagi tips-tips senyum kepada anda. Bagaimana cara senyum yang berkesan? Mudah saja, anda hanya perlu menyebut perkataan ini, SATU atau DUE atau TIGE. Sebut dalam sebutan biasa, bukan bahasa baku. Sebut dengan rupa bentuk mulut yang betul. Antara ketiga-tiga sebutan tersebut, gaya mulut untuk sebutan TIGE adalah cara senyum yang paling manis. Tapi, janganlah pula senyum pada anak-anak dara atau isteri orang. Itu bukan manis tapi gatal. Saya gurau sahaja. Saya yakin dan percaya, anda semua insan yang baik-baik. Ok, saya mulakan dengan pertanyaan "jadi manusia yang bagaimanakah anda nanti" kerana merupakan pertanyaan yang lahir dari seorang nabi yang sudah tentu atas kehendak wahyu Allah s.w.t. Di dalamnya terkandung makna "kejayaan" dan keberhasilan" yang hakiki ( achievements ) dan meliputi pencapaian-pencapaian khusus dan spesifik ( accomplishements )

Sifat-sifat orang yang berjaya

Orang yang berjaya dalam hidup mempunyai sifat-sifat tertentu yang menyebabkan kejayaan mereka. Di sini saya senaraikan di antara yang terpenting sahaja.

1) Proaktif. Orang yang mampu mengawal diri sesuai dengan arah yang hendak ditujunya. Tak mudah terpengaruh dengan unsur-unsur luar.
2) Berani. Orang yang berani dalam erti kata yang positif. Dia berani berfikir dan bertindak.
3) Berwawasan. Mempunyai arah tuju masa depan yang jitu setelah meneliti segala kemungkinan yang akan berlaku.
4) Harga diri. Menyedari kelemahan dan kekurangan diri sendiri di samping kelebihan serta keunikannya.
5) Percaya pada diri sendiri. Tidak merasa rendah diri. Dia yakin dan percaya bahawa semua orang mempunyai kelebihan dan kekurangannya masing-masing.
6) Tidak suka meminta-minta. Ini kerana jelas bahawa meminta lebih rendah daripada yang memberi.
7) Tidak mementingkan diri sendiri. Orang berjaya tidak bersifat ego. Sebaliknya bersifat pemurah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Google