Menjejaki Rahsia Motivasi Luarbiasa

Dapatkan cerita-cerita motivasi serta miliki tips-tips dan informasi luarbiasa yang pasti menghilangkan kebosanan anda bagi membangkitkan semangat untuk berani ke puncak kejayaan.

Google

Wednesday, November 22, 2006

Tiada kompas, maka hidup akan sesat?

Bertemu kita kembali….

Adakah anda mempunyai matlamat hidup?? Cuba anda fikir sejenak, tujuan anda hidup di muka bumi ini......

Sudah anda fikirkan....?

Ok... Sebelum kita sama-sama meneruskan bicara rahsia motivasi luarbiasa untuk kali ini, apa kata saya nak kongsi satu tips yang mana anda dan saya selalu buat tetapi kita tidak ketahui rahsia di sebaliknya. Seperti semalam, saya ada berkongsi tentang cara untuk senyum yang terbaik. Pada kali ini, tips tentang senyum juga tetapi dalam konsep yang berbeza. Apa bezanya kalau kita senyum dengan bentuk mulut macam U atau sebaliknya. Ok, mari kita sama-sama perhatikan. Kalau mulut kita senyum seperti ini U, umpamakan rezeki yang datang tidak akan sia-sia. Umpama mangkuk yang menadah air hujan, mukanya ke atas, maka, kita dapat air hujan itu. Kita akan kelihatan ceria, sihat dan orang di sekeliling kita, mudah untuk mendampingi kita. Kalau kita senyum dengan corak di sebaliknya, umpama kita menolak rezeki yang datang pada kita. Umpama mangkuk yang kita telangkupkan ke bawah. Maka rezeki atau air hujan tidak akan masuk. Ia pergi begitu saja. MACAM MANA DENGAN SENYUMAN ANDA PULA? Saya tanya pada diri saya dulu.....

Sahabat sekalian,
Apa maklamat hidup anda? Mengapa perlu maklamat? Sahabat, maklamat adalah merupakan kompas kehidupan kita..Seperti nak ke hutan, kita perlukan kompas bukan? Untuk apa? Untuk menunjuk jalan yang betul supaya tidak sesat. Hidup tanpa maklamat diibaratkan seperti kapal tanpa nakhodanya. Kapal tersebut akan terumbang-ambing, bergoncangan dipukul arus. Kapal itu, tiada arah untuk pergi. Kalau bernasib baik, kapal itu akan di bawa ke tepian pantai. Kalau tidak bernasib baik, kapal itu akan hanyut dan tenggelam di lautan dipukul ombak dan badai.

Sama juga dengan kita. Tiada maklamat, maka tiada arah tujuan. Kita perlu ubah cara pemikiran kita. JANGAN kita hanya bergantung kepada nasib semata-mata. Kerana kata para cendikiawan, bahawa nasib itu hanya terdapat 5 % sahaja di sekililing kita. Yang 95% lagi bergantung kepada usaha kita.

Maka, bermula hari ini, kita tanamkan azam baru! Berbekalkan kesedaran, keinginan dan keazaman yang tinggi, pastinya kejayaan milik anda.....You Can Do It!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Google