Menjejaki Rahsia Motivasi Luarbiasa

Dapatkan cerita-cerita motivasi serta miliki tips-tips dan informasi luarbiasa yang pasti menghilangkan kebosanan anda bagi membangkitkan semangat untuk berani ke puncak kejayaan.

Google

Sunday, November 26, 2006

Menangani sifat marah?

Apa khabar semua?
Saya harap teman semua sihat-sihat hendaknya..
Anda ada ape-ape ke yang nak dikongsikan?
Kalau ada, emailkan kepada kyrodin@yahoo.com.
Saya akan membalasnya secepat yang termampu.
Pada kali ini saya nak berkongsi dengan teman semua berkenaan satu tips ini untuk mengatasi sifat marah.
Sekiranya anda nak marah pada seseorang, pertama anda terus ambil wuduk ( untuk yang beragama Islam ). Ia akan menyejukkan api kemarahan yang ada pada diri anda. Atau anda terus duduk di atas kerusi atau di tempat yang lebih rendah sekiranya anda berdiri. Atau anda lemparkan senyuman. Atau yang paling baik ialah sesudah anda ambil wuduk, anda solat sunat dua rakaat. Moga-moga ia akan membantu anda .....

Ok, kita punya motivasi untuk kali ini adalah berkenaan dengan bayangan positif ( positive imaging ).
Anda pernah tak terfikir satu suasana yang mana anda telah berjaya seperti yang anda idamkan?
Ini bukan berangan-angan! Sekiranya anda bercita-cita untuk menjadi jutawan sebelum berumur 30 tahun, anda bayangkan sewaktu anda telah berjaya kelak, anda dapat bantu ibubapa anda, dapat bantu golongan yang tidak berupaya, anda diberi penghormatan, isteri dan anak-anak bahagia dan sebagainya.
Dengan kita membayangkan perkara-perkara ini, maka dengan secara automatik, motivasi diri ( self motivation ) kita akan meningkat. Segala perbuatan kita akan bersungguh-sungguh dan keputusannya akan menjurus ke arah kejayaan.
Kebanyakan jutawan-jutawan yang terulung di dunia atau sesiapa sahaja yang telah menikmati kejayaan hidup berkata “ Bayangan yang positif adalah sangat penting! ”

SO! Mulakan bayangan positif anda…..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Google