Tak ada kawan? Malu untuk memulakan perbualan?
Salam ceria…..
Saya harap anda di sana sihat-sihat selalu..
Tips untuk pertemuan kali ini adalah bagaimana nak mendapat kawan baru?
Kadang-kadang anda susah mencari kawan baru bukan? Tak tahu nak memulakan perbualan? Malu?
Ok, mudah saja.....
Biar kita mulakan dahulu perbualan. Caranya, sewaktu pandangan pertama anda pada teman yang baru, anda lemparkan senyuman manis anda dahulu. Kalau anda lelaki, jangan senyum pada perempuan sahaja.....( gurau je )...
Selepas anda senyum, anda bagi salam ( yang beragama Islam ) dahulu. Selesai saja salam, anda tanyalah apa-apa soalan yang bersesuaian. Contohnya apa khabar, nama apa, tinggal di mana dan sebagainya.
Kadang-kadang saya banyak berlakon untuk menarik minat teman baru kita untuk berbual. Contohnya, jam berapa sekarang?, ohhh..! panas sungguh hari ini kan?, awak study kat sinikan?( saya dah tahu pun jawapannya, tapi tanya jugak! ). Anda keluarkan pertanyaan dahulu. Apabila anda tanya, dia mesti jawab bukan! Apabila dia dah jawab, pasti di dalam hatinya berkata “ rasa bersalahlah pulak kalau aku tak tanya”. 99% dia akan tanya balik anda. Apabila dia tanya, janganlah pulak anda tak jawab....Cara ini selalu diamalkan oleh insan-insan yang kini sudah bergelar jutawan MLM. Wujudkan komunikasi dua hala.






0 Comments:
Post a Comment
<< Home