Apa! Matlamat tidak tercapai?
Anda tahu tak cara bagaimana nak pastikan samaada anda mempunyai lemak yang berlebihan atau tidak?
Mudah sahaja, mula-mula anda berdiri depan cermin, kemudian anda genggam atau pegang ke semua kulit di bahagian perut anda. Kalau kurang dari 4 lapisan, anda selamat.
Kalau lebih, AWAS!, anda perlu lakukan sesuatu. Anda mempunyai lemak yang berlebihan!
Ok, mari kita teruskan menjejejaki rahsia motivasi kita....
Pertamanya, saya ingin nyatakan di sini bahawa saya yakin dan percaya bahawa anda semua mempunyai maklamat, ataupun cita-cita bukan? Semua orang akan memasang cita-cita setiap kali menjelang tahun baru. “ Apa azam kamu? ”, ini adalah soalan yang sering diajukan.
Anda perasan atau tidak, kebanyakan di antara kita sering mempunyai cita-cita baru setiap kali menjelang tahun baru? Sebagai contoh, “tahun ini aku ingin membeli rumah bernilai RM300,000.00”. Tetapi matlamat tersebut tidak juga tercapai. Selepas itu datang pula matlamat baru untuk tahun yang berikutnya untuk membeli sebuah kereta ferrari. Begitulah berikutnya tahun demi tahun. Matlamat sering berubah. Mengapa begitu?
Sahabat sekalian, sekiranya kita ingin memasang maklamat, kita perlu pastikan matlamat itu jelas dan mempunyai hitam putih. Kita perlu tulis dengan terang dan besar tulisannya.
Anda ambil sekeping kertas, tulis matlamat anda yang sebenarnya. Selepas itu, tampal atau gantungkan ia di tempat yang sering anda pergi atau nampak. Tengok ia berulang-ulang kali. Bila anda tengok, anda akan ingat. Bila ingat, anda akan naik semangat!
Maka dengan secara tidak langsung, tindakan anda akan menjurus ke arah matlamat tersebut.
Sekiranya anda tidak tulis matlamat di atas kertas di mana hanya save di dalam pemikiran sahaja, maka matlamat itu akan hilang dan lenyap. Oleh itu, TULIS MATLAMAT ANDA!!!!






0 Comments:
Post a Comment
<< Home