Panggilan 2, 4, 4, 3, 4.......?
Salam kemesraan........
Anda tahu nombor panggilan yang paling penting?
Ramai di antara kita hidup dalam keadaan aman dan bahagia. Tetapi kadang-kadang, kita nampak mereka seolah-olah seperti bahagia tetapi sebaliknya.KENAPA??
Ini kerana, berdasarkan tinjauan, ramai di kalangan kita lupa akan nombor 2, 4, 4, 3 dan 4. Waktu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Kita memandang ringan akan nombor tersebut. Rajin, dibuatnya. Kalau malas, ditinggalkannya.
INGAT!!!! Kalau kita tinggalkannya kerana kesibukan kerja dan seumpama dengannya, pasti kehidupan tidak akan tenteram. Rezeki, Tuhan yang bagi, bukan? Maka dengan itu saya ingatkan diri saya dulu dan sahabat sekalian, bahawa sekiranya kita ingatkanNya, maka segala yang kita lakukan akan diberkati.
Ubahlah diri kita bersama untuk masa depan yang cemerlang....Mulakan langkah yang baru untuk menikmati kejayaan hidup yang luarbiasa.






0 Comments:
Post a Comment
<< Home