Perlancaran blog rajamotivasi, bertajuk : Menjejaki Rahsia Motivasi Luarbiasa
Salam perkenalan dan salam motivasi dari saya Ymdin kepada anda kalian. Moga-moga, anda senyum-senyum selalu di samping keluarga, teman dan insan tersayang.
Akhirnya, saya berjaya juga meluangkan masa bersama anda, bagi merealisasikan impian saya untuk memotivasikan diri saya sendiri dan juga anda. Sebelum itu, ingin saya nyatakan di sini bahawa saya tidak pernah menganggap yang diri ini hebat. Bukan niat saya untuk mengajar anda semua. Niat saya adalah supaya kita dapat sama-sama berkongsi motivasi antara satu sama lain bagi meningkatkan kualiti hidup kita. Segala pengalaman dan sedikit ilmu, yang diberikan oleh tuhan ini, akan saya gunakan sepenuhnya demi untuk kita semua.
Jadi, hari ini, saya Ymdin yang kini berada di Monash Victoria, Australia, melancarkan
http://rajamotivasi.blogspot.com/.
"Perjalanan yang beribu-ribu batu, perlu dimulakan dengan langkah yang pertama"
SO, LET’S GO!!





