Menjejaki Rahsia Motivasi Luarbiasa

Dapatkan cerita-cerita motivasi serta miliki tips-tips dan informasi luarbiasa yang pasti menghilangkan kebosanan anda bagi membangkitkan semangat untuk berani ke puncak kejayaan.

Google

Saturday, November 25, 2006

Kita tuai apa yang kita tanam? Nak tanam apa?

Salam ceria!
Mari kita sama-sama cungkil rahsia motivasi kita seterusnya...
TUNGGU! Saya belum bagi lagi tips / petua lagi..
Petua untuk kali ini ialah memandang mata orang yang kita bercakap dengannya. Kalau boleh, pastikan seluruh badan kita ke arahnya. Kadang-kadang, bongkokkan sedikit badan atau kepala anda sewaktu berkomunikasi sekiranya dalam keadaan berdiri. Ini akan membuatkan teman anda atau sesiapapun akan rasa dihargai dan dihormati. Yang paling penting, anda mesti senyum. Kesemua tips ini sesuai untuk sesiapa sahaja, terutamanya anda dalam bisnes iaitu sewaktu untuk menarik pelanggan yang baru seperti MLM ke, insurance ke dan sebagainya....

Kita teruskan agenda kita...
Seorang pemimpin Perancis yang terkenal iaitu Napoleon Bonarparte pernah berkata, “ Tidak ada perkataan TAK BOLEH ( impossible ) dalam kamus aku!! ”.
Pemimpin ini selalu meyakinkan diri bahawa dirinya pasti boleh. Maka, dia tidak akan cepat berputus asa.

Teman...,
Saya ingatkan diri saya dahulu dan anda semua bahawa apa yang kita lakukan hari ini akan mencorakkan dan menentukan masa depan kita.
Anda perasan tak bahawa apa yang anda lakukan dua , tiga atau empat tahun lepas, hasilnya apa yang anda alami sekarang?
Jadi, jangan tunggu lagi! Lakukan yang terbaik untuk hari! Pasti hasilnya juga terbaik pada masa akan datang.

Sahabat, harus diingat, “ KITA TUAI APA YANG KITA TANAM ”. Kalau kita tanam benih- benih kejayaan, semestinya KEJAYAAN yang kita tuai...
Sampai berjumpe lagi......

Google