Anda adalah BOSS!!!!
Tiada seorang pun yang dapat menghalang anda dari mencapai impian atau matlamat selagi anda nakhodanya. Anda yang berkuasa menentukan ke mana arah tuju anda. Untuk memudahkan anda semua faham, saya bagi contoh seperti kereta. Sekiranya anda memandu sebuah kereta, maka anda yang tentukankan ke mana anda hendak pergi, bukan? Ke kanan ke, ke kiri ke atau ke mana sahaja walaupun ada penumpang yang menyuruh ke arah sebaliknya.
Sahabat sekalian, kadang-kadang ada di antara kita yang melihat dari mana asal usul kita. Miskin ke , kaya ke, rumah besar ke, kecil ke dan sebagainya. Kalian, dari mana kita datang, itu semua tidak penting. Yang paling penting adalah, apa yang kita boleh jadikan diri kita ini.
Ada juga di antara kita selalu berkata, “ dia bolehlah, aku tak boleh.”. MENGAPA!!
Mengapa orang lain boleh, anda tidak boleh!! ( saya bukan marah, cuma tegas sikit ).
Kita dilahirkan di dunia ini semuanya sama, bukan? Tak ada seorang bayi pun yang keluar dari rahim ibunya berbaju ADIDAS, berkasut PUMA, berkereta Honda CRV dan sebagainya. Semuanya keluar tanpa seurat benang sekalipun.
Anda mungkin pernah gagal sebelum inikan? Saya pun pernah gagal buat beberapa kali sebelum ini. Tapi harus diingat!!! Kegagalan, bukan beerti kita gagal buat selama-lamanya. Sebenarnya ia beerti, kita masih belum berjaya lagi..... Gagal Bukan Pilihan..
Tip untuk kali ini – setiap kali bangun dari tidur, anda tepuk kedua-dua belah tangan anda. Ini kerana, kata pakar psikologi, ia akan meransang ke dua-dua belah otak anda. Maka selepas itu, anda akan sentiasa ceria, sihat dan bersedia melakukan segala tugas harian dengan sempurna.....





