Menjejaki Rahsia Motivasi Luarbiasa

Dapatkan cerita-cerita motivasi serta miliki tips-tips dan informasi luarbiasa yang pasti menghilangkan kebosanan anda bagi membangkitkan semangat untuk berani ke puncak kejayaan.

Google

Sunday, September 16, 2007

Fikirkan Boleh

KALIAN...FIKIRKAN BOLEH!!!
PASTI BOLEH!!!!

Matlamat Kita Perlu Ada Hitam Dan Putih...


Mengikut pakar psikologi....
Kita perlu menulis matlamat kita di atas kertas...
Kalau kita hanya tanam matlamat kita di dalam minda, ia akan hilang begitu sahaja.
Bak kata orang, masuk telinga kanan... keluar ikut telinga kiri, mulut dan dua lubang hidung...
Tampallah di mana-mana sahaja yang biasa sahabat sekalian selalu lihat...
Bila kita lihat, kita akan ingat, bila ingat akan naik semangat, dah naik semangat kita pun buat, bila buat dengan cara yang berkat...InsyaAllah kita akan dapat.....
Saya nasihatkan diri saya dahulu dan sahabat sekalian , tulis matlamat atas KERTAS.......

PASTI BOLEH!!!!!!

Saturday, September 15, 2007

Brothers - Ramadhan

SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN..
RAMADHAN KAREEM.....

Selamat Datang Bulan Ramadhan....

Assalamualaikum kepada sahabat semua......

Alhamdulillah....
Besyukur kita semua kerana dapat bertemu kembali dengan bulan Ramadhan pada tahun ini.
Diharap kita semua dapat menjadikan Ramadhan tahun ini yang terbaik. Semoga Allah akan memberi kita kekuatan untuk meningkatkan amal ibadah kita dan dapat mengharungi segala rintangan yang mendatang...InsyaAllah...

Ramadhan Kareem......


Tuesday, December 26, 2006

Panggilan 2, 4, 4, 3, 4.......?

Salam kemesraan........

Anda tahu nombor panggilan yang paling penting?

Ramai di antara kita hidup dalam keadaan aman dan bahagia. Tetapi kadang-kadang, kita nampak mereka seolah-olah seperti bahagia tetapi sebaliknya.KENAPA??

Ini kerana, berdasarkan tinjauan, ramai di kalangan kita lupa akan nombor 2, 4, 4, 3 dan 4. Waktu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Kita memandang ringan akan nombor tersebut. Rajin, dibuatnya. Kalau malas, ditinggalkannya.

INGAT!!!! Kalau kita tinggalkannya kerana kesibukan kerja dan seumpama dengannya, pasti kehidupan tidak akan tenteram. Rezeki, Tuhan yang bagi, bukan? Maka dengan itu saya ingatkan diri saya dulu dan sahabat sekalian, bahawa sekiranya kita ingatkanNya, maka segala yang kita lakukan akan diberkati.

Ubahlah diri kita bersama untuk masa depan yang cemerlang....Mulakan langkah yang baru untuk menikmati kejayaan hidup yang luarbiasa.

Google